Saturday 30 August 2014

NOR  ARISYA BINTI AZMAN (17DHKIC14F1104)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA.

Objektif
o   Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan.
o   Mendapat pelbagai sumber yang didengar,dibaca dan ditonton.
o   Dapat menyebarkan maklumat yang diberi dalm bentuk lisan dan tulisan.

Laporan
Pada hari Selasa bersamaan 26 Ogos 2014,kelas DHKIC telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara Kuala Lumpur.Seramai 37 orang pelajar yang terlibat serta seorang pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Encik Mohamad Kazar bn Razali.Kami telah berkumpul di depan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada 6.30 pagi.Taklimat ringkas telah diampaikan oleh pensyarah kami mengenai peraturan semasa berada di dalam Muzium Negara.
Kami diberi sarapan pagi yang disediakan oleh AJK makanan sebelum menaiki bas.Tepat pada jam 7.00 pagi kami bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Muzium Negara Kuala Lumpur.Kami tiba di Muzium Negara tepat pada jam 10.00 pagi.Setelah semua berkumpul di depan muzium,kami mendaftarkan diri untuk masuk ke dalam muzium.
Kami disambut mesra oleh En Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi iaitu wakil daripada muzium.Beliau memberi sedikit taklimat mengenai sejarah Malaysia sebelum kami memulakan lawatan penuh.Di dalam muzium terdapat beberapa galeri,iaitu Galeri A mengenai Sejarah awal,Galeri B mengenai Kerajaan kerajaan,Galeri C mengenai Era Kolonial dan galeri D mengenai Malaysia kini.
Maklumat yang diberi oleh En Badrol amat berguna bagi kami,ianya ringkas tetapi penuh dengan isi-isi penting.Kami diberi layanan oleh pihak muzium selama lebih kurang 2 jam.Terdapat banyak bahan bukti yang dapat kami lihat seperti bahan tinggalan orang zaman prasejarah dan lain-lain.Kami mengakhiri sesi lawatan pada jam 12.00 tengahari dan bergambar bersama-sama wakil daripada muzium iaitu En Badrol dan Puan Fadhliatun.Setelah itu,kami diberi makanan tengahari yang disediakan oleh AJK di muzium cafeteria.Kami seterusnya melawat sekitar tempat tersebut.Setelah puas kami meneroka sekitar muzium,kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan menaiki bus pada jam 2.00 tengahari.Maka berakhirlah lawatan kami.

Kesimpulan.
Pelbagai bahan bentuk tinggalan sejarah yang mejadi bahan bukti kepada kejayaan Malaysia pada zaman kini.Ia dapat menaikkan semangat saya sebagai seorang warga Malaysia supaya tidak mengulangi sejarah yang lalu,lawatan ini telah memberi  kesedaran kepada saya dan saya amat bangga akan Negara saya.


                                               Bukti wujudnya manusia pada zaman prasejarah  
                                                 
Bunga Mas,ufti yang dihantar oleh raja-raja Melayu negeri utara kepada Raja Siam sebagai lambang persahabatan.






1 comment:

  1. Wynn Casino is back, as the Wynn, Caesars
    › hotel-and-casino-pr 아산 출장안마 익산 출장샵 › hotel-and-casino-pr Jul 2, 2020 — Jul 용인 출장마사지 2, 2020 The Wynn casino is back, as the Wynn, Caesars Entertainment Corp. says it is back in stock 의왕 출장안마 after a stock 안동 출장마사지 dip.

    ReplyDelete