NOR ARISYA BINTI
AZMAN (17DHKIC14F1104)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM NEGARA.
Objektif
o
Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui
perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan
hubungan.
o
Mendapat pelbagai sumber yang didengar,dibaca
dan ditonton.
o
Dapat menyebarkan maklumat yang diberi dalm
bentuk lisan dan tulisan.
Laporan
Pada hari Selasa bersamaan 26 Ogos
2014,kelas DHKIC telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negara Kuala
Lumpur.Seramai 37 orang pelajar yang terlibat serta seorang pensyarah Pengajian
Malaysia iaitu Encik Mohamad Kazar bn Razali.Kami telah berkumpul di depan
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti pada 6.30 pagi.Taklimat ringkas telah diampaikan
oleh pensyarah kami mengenai peraturan semasa berada di dalam Muzium Negara.
Kami diberi sarapan pagi yang
disediakan oleh AJK makanan sebelum menaiki bas.Tepat pada jam 7.00 pagi kami
bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah ke Muzium Negara Kuala Lumpur.Kami
tiba di Muzium Negara tepat pada jam 10.00 pagi.Setelah semua berkumpul di
depan muzium,kami mendaftarkan diri untuk masuk ke dalam muzium.
Kami disambut mesra oleh En Badrol
Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun bt Azmi iaitu wakil daripada
muzium.Beliau memberi sedikit taklimat mengenai sejarah Malaysia sebelum kami
memulakan lawatan penuh.Di dalam muzium terdapat beberapa galeri,iaitu Galeri A
mengenai Sejarah awal,Galeri B mengenai Kerajaan kerajaan,Galeri C mengenai Era
Kolonial dan galeri D mengenai Malaysia kini.
Maklumat yang diberi oleh En
Badrol amat berguna bagi kami,ianya ringkas tetapi penuh dengan isi-isi penting.Kami
diberi layanan oleh pihak muzium selama lebih kurang 2 jam.Terdapat banyak
bahan bukti yang dapat kami lihat seperti bahan tinggalan orang zaman
prasejarah dan lain-lain.Kami mengakhiri sesi lawatan pada jam 12.00 tengahari
dan bergambar bersama-sama wakil daripada muzium iaitu En Badrol dan Puan
Fadhliatun.Setelah itu,kami diberi makanan tengahari yang disediakan oleh AJK
di muzium cafeteria.Kami seterusnya melawat sekitar tempat tersebut.Setelah
puas kami meneroka sekitar muzium,kami diarahkan oleh pensyarah kami untuk
berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan menaiki bus pada jam 2.00
tengahari.Maka berakhirlah lawatan kami.
Kesimpulan.
Pelbagai bahan bentuk tinggalan sejarah yang mejadi bahan bukti kepada
kejayaan Malaysia pada zaman kini.Ia dapat menaikkan semangat saya sebagai
seorang warga Malaysia supaya tidak mengulangi sejarah yang lalu,lawatan ini
telah memberi kesedaran kepada saya dan
saya amat bangga akan Negara saya.
Bunga Mas,ufti yang dihantar oleh raja-raja Melayu negeri utara kepada Raja Siam sebagai lambang persahabatan.